Tuesday, January 4, 2011

oh uncle karam

eishh menyirap sirap betul aku dengan uncle karam nih. mengapakah dikau berkata melayu bukan dari Malaysia. dulu sebelum Malaysia, negara kita bernama Tanah Melayu uncle. kalau orang lain sampai dulu, mungkin akan jadi Tanah India ataupun Tanah Cina. dulu uncle masa negara kita di jajah oleh penjajah, (heheeh) kebanyakkan orang yang membunuh para penjajah itu adalah bangsa melayu. dimanakah uncle ketika itu? haaa itu yang kita tak tahu(tiru ayat khir khalid dalam los & faun). kami dulu dianggap seperti hero (kami???) uncle cuma kami tidak boleh terbang sahaja (ape ko merepek nih cetan?). tapi tidak mengapa uncle saya tidak akan lupa akan jasa uncle kepada rakyat Malaysia dimana uncle sentiasa memperjuangkan hak-hak orang yang di tindas!!!! (cewah).

TETAPI!!!!  aku berasa hampa dengan sikap orang-orang melayu yang ada bersama dengan ucle karam pada ketika itu!! dah la aku kata kita ni superhero di zaman penjajah last-last korang pi tunjuk terer depan orang tua apa pasal?? nak gaduh cari yang sebaya la you all. lagipun uncle dah tergolong dalam senior citizen, walaupun dia ada buat salah, jangan la kasar sangat. kesian dia dol, korang tak rasa ape-ape ke time korang  terjerit-jerit kat uncle tu. kalau bapak aku la kene marah macam tu, sure aku nangis punya walaupun bapak aku memang salah. hari ni korang buat kat orang tua tu macam tu, tak mustahil satu hari nanti bapak kita pun akan kena. samala macam aku jugak, dok bantai orang nanti last-last aku kena bantai (hehehehe). nak gaduh ajak geng ramai-ramai memang la tak takut, cuba ko sorang-sorang pegi lawan pantun dengan uncle tu, sure hang terduduk sambil hidung berdarah punya. peace no war.

terbakar kampung nampak asap,
terbakar hati last-last kena mintak maaf.

2 comments:

  1. wah.. wahh.. aku suka ayt ko yg nie,

    'nak gaduh ajak geng ramai-ramai memang la tak takut, '

    aku skong 100%!!!

    ReplyDelete
  2. betul kite ade adab...marah pun tetp ade cara...harap melayu kite amik iktibar..jgn wat lg-cik kui 5

    ReplyDelete