Wednesday, January 12, 2011

Muka Cantik La Sangat

hoi perempuan!!! heheh ape kaber? sihat ker? hehehe arini aku nak mempersembahkan satu produk yang aku suka. kalau aku suka korang hangpa semua pun kene suka jugak tau! waaaa banyaknye perkataan suka~~~. ni haa nak kongsi satu barang. aku tau mesti korang semua mesti pernah bermake up di dalam dunia ini kan? sama ada pergi ke kedai macam rozita che wan (dia kata dia pergi kedai pun dia akan make up, dia kata ok, bukan aku kata), pergi pasar beli ikan, pergi bershopping of coz, pergi ke kelas, pergi cari gaduh tarik rambut lepas tu terjatuh dalam kolam renang dan sebagainya.

ape produk korang pakai? berkesan ke tak? haaa semalam aku pergi menjadi kutu rayau mencari make up remover dan finally aku jumpa benda alah nih iaitu Biore Cleansing Oil. best dow benda nih, texture macam baby oil, bila time korang nak cuci muka, picitkan diatas tapak anda, tapak tangan tau bukan tapak kaki, susah nak cuci muka nanti lepas tu urut@usap@belai@ muka anda selama 1 minit lepas tu boleh bilas muka anda dengan air yang bersih. bila kena air ia akan bertindak macam pencuci muka la. jimat la sikit duit tak payah nak beli kapas untuk membuang sisa make up tu. harga RM20.90 150ml. wangi baunya macam apple hijau. cuba jangan tak cuba. aku pakai pagi semalam sampai sekarang bau apple lagi (tuu dia ayat).

Thursday, January 6, 2011

Tudung Berwarna Pun Nak Jadi Isu?

morning.. aiishhh susah betul nak puaskan hati orang nih. kalau you all blogger alert pasal ada lah sorang mamat@minah ni yang menjadikan tudung sebagai isu semalam, ape ntah nama dia "++++rosak" (heheeheh cover line). terima kasih kepada kakak yang memakai tudung di ofic ku.


bila aku baca entry dia hati ku berkata-kata, apa kes beliau nih? wak lu kalau pakai tudung berwarna pun ko nak jadikan isu. haram ke bro? kalaulah mereka pakai tudung berwarna itu mendatangkan bahaya macam diorang tengah berjalan+pastu berselisih dengan diorang+pastu tudung diorang terhiris kena muka aku+pastu muka aku berdarah +calar balar memang patut aku maki diorang tetapi bagi aku tak salah kalau nak berfesyen tapi biar kene pada batasannye. kalau perempuan-perempuan diluar sana memakai tudung yang warnanya agak terang biarkan saja. ye aku paham mata ko sakit bila terpandang warna-warna yang striking  tapi biarlah sekadar sakit di mata, sakit di hati sekali apahal? kadang-kadang pemilihan warna melambangkan peribadi seseorang, dah diorang suka warna yang mereka suka, takkan nak memilih colour yang macam ada orang mati di sekeliling? cuba faham sket bro. you lelaki you memang sesekali tidak akan paham akan naluri seorang wanita! you tidak pernah memakai tudung so jangan nak buat-buat pandai macam you arif sangat pasal tudung ok?


susah la kalau nak semua orang ikut citarasa kita. cuba ko bayangkan diri ko di ketika ini:


"hello baby abang dah sampai kat stadium ni (nak tgok konsert maher zain)"


"hello abang baby kat dalam stadium dah baby pakai tudung warne hitam"


then ko masuk stadium, NAH HAMEK KO SATU STADIUM PEREMPUAN PAKAI TUDUNG WARNA HITAM!!


macam mano ekao nak carik baby ekao? susah kan? itu aku buat kesimpulan bahawa tak semua orang mempunyai minat@colour@pemahaman@ yang sama bro. itu baru pasal warna tudung ko dah kecoh, belum pasal perempuan free hair macam aku ni lagi. entah-entah berbakul ko tulis nanti.


aku rasa ko pun mesti ada salah seorang daripada ahli keluarga  ko ada yang perempuan. biarkan saja mereka nak pilih warna ape bro. selagi diorang tak gunakan tudung tu untuk mencederakan kita. peace no war.

Tuesday, January 4, 2011

oh uncle karam

eishh menyirap sirap betul aku dengan uncle karam nih. mengapakah dikau berkata melayu bukan dari Malaysia. dulu sebelum Malaysia, negara kita bernama Tanah Melayu uncle. kalau orang lain sampai dulu, mungkin akan jadi Tanah India ataupun Tanah Cina. dulu uncle masa negara kita di jajah oleh penjajah, (heheeh) kebanyakkan orang yang membunuh para penjajah itu adalah bangsa melayu. dimanakah uncle ketika itu? haaa itu yang kita tak tahu(tiru ayat khir khalid dalam los & faun). kami dulu dianggap seperti hero (kami???) uncle cuma kami tidak boleh terbang sahaja (ape ko merepek nih cetan?). tapi tidak mengapa uncle saya tidak akan lupa akan jasa uncle kepada rakyat Malaysia dimana uncle sentiasa memperjuangkan hak-hak orang yang di tindas!!!! (cewah).

TETAPI!!!!  aku berasa hampa dengan sikap orang-orang melayu yang ada bersama dengan ucle karam pada ketika itu!! dah la aku kata kita ni superhero di zaman penjajah last-last korang pi tunjuk terer depan orang tua apa pasal?? nak gaduh cari yang sebaya la you all. lagipun uncle dah tergolong dalam senior citizen, walaupun dia ada buat salah, jangan la kasar sangat. kesian dia dol, korang tak rasa ape-ape ke time korang  terjerit-jerit kat uncle tu. kalau bapak aku la kene marah macam tu, sure aku nangis punya walaupun bapak aku memang salah. hari ni korang buat kat orang tua tu macam tu, tak mustahil satu hari nanti bapak kita pun akan kena. samala macam aku jugak, dok bantai orang nanti last-last aku kena bantai (hehehehe). nak gaduh ajak geng ramai-ramai memang la tak takut, cuba ko sorang-sorang pegi lawan pantun dengan uncle tu, sure hang terduduk sambil hidung berdarah punya. peace no war.

terbakar kampung nampak asap,
terbakar hati last-last kena mintak maaf.

Monday, January 3, 2011

Awek Penjaga Gol Yang Poyo Part 2

kehkehkehekeh. aku pun nak buat sampai part 4 jugak. hohohohoho. kan aku dah kata, jangan over expose you punya life@love story. aku ingat aku sorang je yang tidak berapa gemar akan aweks penjaga gol itu, ropa-ropanya lagi ramai diluar sana yang lagi laser dari aku. adoyai. baru aku tahu umur mereka baru 21. budak-budak lagi awek dia ni, patutla la blog poyo semacam. love story nak pukul kompang 3 kampung boleh dengar. segala cerita dalam kain you nak kasi taw satu kampung. siap tunjuk sms semua bagai. hek eleh, simpan sendiri sudah la minah. kami semua sokong KF sebab dia power jadi gol keeper, bukan terhegeh-hegeh nak mengorat dia. please la, kitorang pun ada taste jugak maaa. tension aku, kalau google je, keluar blog you. kalau entry bermanfaat untuk dibaca takpe la jugak, ni pasal hal cintan cintun korang. nak muntah wey aku bace dol!. buat entry kononnye you tak kisah kalau ade orang nak mengorat fahmy la ape kebender lagik la, hang ingat hang erra fajira?? adoyai.. bila orang komen macam ni, janganla ingat semua orang jeles dengan you sebab you tu gefren penjaga gol bola sepak, aku tak heran pun you tu awek dia. orang nak nasihat je, simpan-simpan la sket cerita dalam kain tu, tak ingin pun nak bace. di sini aku titipkan sedikit komen-komen dipetik dari blog kesukaan ramai ini. silalah baca. peace no war.

komen paling best: poyo gila baca blog minah a.k.a awek fahmi ni,,canang bagai nak rak padahal stakat kapel jerrrkk…bkn jadi laki bini pn lg,,tp yela dorg ni pn status budak kanak2 rebina kan,,so ingt bila bcinta tudunia dorg yg punya,,aduhai ksian,,yg fahmi xda nk canang ape2 lak tp awek dia ni tmpg glamor hbs,,kan lg manis dan elok tatatertib perihal peribadi xperlu heboh canang 1 negara,,bkn ape,,stakat kapel budk remaja,,kot esok lusa jd ape2 kan malu,,smua org tau pmpuan ni bekas awek gol keeper..:bekas’,,,,jd xperlu la nk puji melangit fahmi itu fahmi ini,,kami bangga fahmi contribute to the glory of football team,,tp bila baca minah ni pya blog mcm sengal ja,,,harap korg kapel dlm kdaan yg lbh cool,,xpyh canang nk cari publisiti murahan,,biala org tau fahmi dh ada aek,,smpai masa korg kawen,,kan lg elok,,bkn ape,,kita org melayu islam,ada adab dan tatasusila kena jaga,,,yg ewek si fahmi lak,,jaga la maruah diri,dan nama baik keluarga awak dan kluarga fahmi..peminat terima fahmi dh ada awek,,tp klu awek fahmi ni gila cr publisiti murahan xmustahil ada bunga lain yg akan try approach si fahmi ni,,nk tgk la takat mana la sgt ksetiaan fahmi spt yg d gembar gembur kan sgt tu…to fahmi,,we proud of ur performance,,keep it up..tp jgn smpai ur performance jatuh dek kerana awek u yg gila publisiti tu,,bg nsihat skit kat dia (dipetik dari blog kesukaan ramai)